Mudah . Cepat . Selamat
Rebat cukai pendapatan LHDN 100%
Zakat anda membawa kestabilan hidup kepada asnaf dan golongan memerlukan. Kami memudahkan pengurusan zakat anda secara mudah, cepat dan selamat.
” …وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ “
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat. [Surah al-Baqarah: 43]
Pembayaran zakat lebih mudah dan pantas. Anda boleh melakukannya di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa
Semua transaksi zakat akan menerima resit yang telah disahkan oleh Lembaga Zakat Selangor
Setiap sumbangan zakat yang anda lakukan layak mendapat rebat cukai 100% daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Setiap sumbangan zakat disalurkan secara langsung kepada golongan Asnaf
Terima kasih tunaizakat online. Sangat pantas dan dipercayai
Pn Sarah surianiMudah dan sangat membantu untuk menguruskan zakat
Abdul YassirBanyak membantu menjawab soalan zakat saya.
Pn MasyitahSangat mudah menguruskan zakat
Mohd NazriPengiraan yang jelas dan mudah digunakan
Kamarul AhmadPilih jenis zakat yang ingin dinyatakan
Isi maklumat di bahagian pengiraan zakat. Jumlah yang perlu dibayar akan dikira secara automatik.
Lengkapkan maklumat dan bayar zakat secara atas talian.
Resit akan diemelkan di alamat emel anda. Sila muat turun bagi mendapatkan rebat cukai LHDN.
Kami sedia membantu anda menjawab segala persoalan mengenai zakat.
Ya, bagi individu yang menunaikan zakat, slip pengesahan bayaran ini boleh diserahkan kepada LHDN untuk tuntutan rebat cukai di bawah Seksyen 6A(3), Akta Cukai Pendapatan 1967. Bagi syarikat atau organisasi yang membayar zakat, slip ini boleh digunakan untuk tuntutan tolakan cukai mengikut Seksyen 44(11A) akta yang sama.
Kiraan di bawah adalah mengikut setahun
Terdapat empat kategori pendapatan yang perlu diambil kira untuk Zakat Pendapatan:
(a) Pendapatan Penggajian – meliputi gaji bulanan, elaun, dan bonus.
(b) Pendapatan Bebas/Freelance – hasil kerja bebas atau perniagaan.
(c) Hasil Al-Mustaghalat – seperti sewa dari rumah, kenderaan, atau aset lain.
(d) Hasil Pemberian – termasuk pusaka, pampasan takaful, dan hadiah.
Ya, anak-anak boleh mewakilkan pembayaran zakat bagi pihak bapa. Niatkan zakat tersebut untuk bapa semasa membuat pembayaran.
Jika emas tersebut telah mencapai syarat wajib zakat, maka penjaga atau pengurus harta anak tersebut bertanggungjawab untuk membayarkan zakat bagi pihak anak.
Betul, lebihan gaji yang disimpan pada tahun semasa tidak akan dikenakan zakat simpanan kerana gaji tersebut telah dizakatkan. Namun, jika simpanan itu dibawa ke tahun berikutnya, ia akan dikira dalam kategori Zakat Simpanan. Bagi yang mempunyai lebih dari satu akaun bank, semua akaun perlu digabungkan untuk penilaian zakat simpanan bagi tahun semasa.
Tunaikan kewajipan anda pada hari ini dan jangan tangguhkannya. Sesungguhnya ia wajib ke atas kamu!
Senang sangat bayar zakat sekarang,online je. Alhamdulillah
Ahmad Mustaqim